Wednesday, September 30, 2009

yuna - CINTA SEMPURNA

Aku Manusia Lemah


Selalu Terjatuh

Berbeda Aku Dari Mu

Kau Berdiri Teguh

Aku Serba Tiada

Aku Kekurangan

Dan Bila Kau Tiba

Aku Hilang Dari Kewujudan



Sempurnanya Sifatmu

Tulusnya Hatimu

Jujurnya Niatmu

Tingginya Kesabaranmu

Lepaskanlah Diriku

Kerna Aku Tak Mampu

Tuk Menanggung

Sebuah Cinta Sempurna

Darimuu

Darimuuu...Oahh...



Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu

Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku

Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua

Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo



Sempurnanya Sifatmu

Tulusnya Hatimu

Jujurnya Niatmu

Tingginya Kesabaranmu

Lepaskanlah Diriku

Kerna Aku Tak Mampu

Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna

Darimuu

Darimuuu...Oahh...



...> lagu ni betul2 menyentuh perasaanku and ada maksud yang tersendiri

Sunday, September 13, 2009

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

mengharapkan yang terbaik..

entah lar aku sebenarnya tak mengharapkan perpisahan macam ni berlaku,entah kenapa aku ikutan hati aku sendiri yang jadi seba salah,tertanya-tanya ape yang sebenarnya yang tersira dalam hati ni,susah nak dibaca mana satu yang setepat2nye jawapan daripada soalan yang aku persoalkan sendiri,da nak raya pun tiba2 perkara macam ni berlaku,da selalu berlaku,ape yang aku mahukan sebenarnya aku sendiri pun tak tahu...

"Ya Allah malam ramadhan yang ke 22 hari ini KAU berikan lah aku petunjuk ape yang benar ape yang salah,Kau terangi lar hatiku untuk mencari yang terbaik dalam hidup aku sendiri,Kau temuikan lar aku pada yang terbaik untuk membahagiakan diri ini unuk di dunia mahupun di akhirat...Ya Allah aku hanya insan yang sangat kerdil disisi Mu Ya Allah,aku tak mampu untuk menharungi hidup yang sentiasa menguriskan hati aku sendir Ya Allah,aku mahukan cahaya dariMu Ya Allah,Semoga aku mendapat pengajaran dalam hidupku..Kau tenangkan ar hati ini,Kau luaskan hati ini dengan Keimananku terhaapMu Ya Allah.."
..Amin...



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Kenduri Tahlil

uhmm...malam tadi kat umah ni buat kanduri skit sempena mengakhiri ramdhan yang mulia,jamuan kecil-kecilan je,sambil mengeatkan silaturrahim..penat lar jugak tapi takpe untuk ramadhan..ramai sedara mara yang datang da macam time raya je,yang paling meriah budak2 kecik yang tak duduk diam berlari ke sana kesini,nakal tak payah cakap lar,biasa lar budak2 kecik..tak ketinggalan anak kak yanie yang 3 org ni,deorang kena tinggal kat sini sebab mak ayah nye nak bershopping sambil berdating2..so deorang ni tanpa banyak kerenah nak tinggal kat sini,yang aku bangga gan budak2 ni tak bnyak kerenah manja2 semuanye,senang nak jaga..


bila da ada deorang kat sini maknenye laptop aku lar akan menjadi mangsa untuk permainan mereka..dengan kawalan aku mungkin laptop ni selamat lar,tapi klau takdenye aku abis lar jawabnye...senyap2 aku mensnap gambar2 mereka..




 
 layan lagu gummy2 bear

layan lagu 1,2,3
 
syakira macam pandai je..

 
 sampai ternganga mulut tu layan lagu ABC's
yang ni anak sedara aku yang cute......
 
Mohd Aqif Zafri...hemsem!
 
sedang mencuba untuk menyelesaikan cube itu
 
membebel seorang diri
yang ni anak sedara yang paling besar n cute lar..

 
nak sama besar gan aku...hahhaha sorry aqil

lastly ni lar keadaan umah selepas kenduri...

 

Thursday, September 10, 2009

9 hari lagi.........


rendangku

lemangku
sateku
ketupatku


rayeeeeeeeeeeeeee...........

Tuesday, September 8, 2009

LAYAN...........

Lirik Harusku Yang Pergi - Riz

Berakhirlah kisah cinta
Kisah cinta kau dan aku
Yakin kan lah hati mu yg duka
Sebenarnya aku pun terluka
Tak ku pinta
Akhirnya ohh..begini

Mengapa diriku yg kau cinta
Jika hatimu pada dirinya
Tak kau fikir akhirnya kita kecewa

Sayang
Maafkan lah aku
Jika pintaku begini
Tak sanggup ku menanggung
Rindu yang tiada hujungnya
Kerana ku masih setia

Cinta
Tiada kesempatan
Pada dia yang ku sayang
Kasih yang kucurahkan
Menikam rasa jiwa ini
Gelaplah pintu cinta kita

Sayang harus ku yang pergi..

Kasih telah kau mungkiri
Impian cinta yang suci
Mungkin ada baiknya ohh sebegini..

Sayang
Maafkan lah aku
Jika pintaku begini
Tak sanggup ku menanggung
Rindu yang tiada hujungnya
Kerana ku masih setia

Cinta
Tiada kesempatan
Pada dia yang ku sayang
Kasih yang kucurahkan
Menikam rasa jiwa ini
Gelaplah pintu cinta kita

pening,ngantuk dan letih..

lambatnya masa berlalu,nak balik cepat,nak tido kejap ngantuk tahap cipan nak terkentut je,lagi setengah jam nak balik ku rasakan seperti 5 purnama je..hari semakin gelap untuk menurunkan air-air asid ke bumi...Ya Allah selamatkan lar perjalanan ku petang ini..

Monday, September 7, 2009

kenape aku malas ni???????

malasnye nak update report,kenape malas sangat ni,da banyak hari report terbengkalai macamane ni,da lar satu tanda tangan pegawai tak bertanda lagi adoi ai..

jangan lar malas sangat,nak berjaya kena lar rajin2 sikit.......WAKE UP!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 6, 2009

keje...keje.....keje....

hari ni nuzul Quran tapi aku tak cuti pun maklum lar keje kat kuala lumpur bukan kat selangor so tak da lar cuti..

hari ni aku berdua je dengan abg Jubin ,en Azraf cuti mengejut plak,abg Nazri plak mmg cuti sebab negeri dia cuti bleh ke?hehehehehe

tapi tak pe dengan ketiadaan bos aku tu tak mungkin aku dapat bersenang lenang tetap jugak banyak keje...aduhai poning eden..loteh,ponat smua ade..walaupun aku ni just praktikal je kat sini tapi aku telah merasai sebagai seorang yang bekerjaya..sungguh meletihkan..

baru pukul 2.30 pm lambat lagi nak balik,cepat lar masa berlalu aku nak balik tido ni...hahahahaha