Monday, December 21, 2009

Bahasa kita sekarang..

Babi,macam Sial,Bapak ko,macam Gampang,bagang,gila ko,setan ko,boleh blah,macam gampang,bodoh dan macam-macam lagi,ni lar bahasa budak-budak muda sekarang..emmm malas nak kata ape lar memang da terbiasa da macam ni,gan mak bapak pun da takda hormat

pernah sekali aku terdengar ayat-ayat macam ni yang diluahkan oleh seorang anak kepada ibunya,sungguh terhina si ibu di panggilnya seekor binatang yang sangat keji,bayangkan apa perasaan siibu pada ketika itu,walaupun muka nampak tenang tapi di dalam remuk seperti gelas yang terhempas ke lantai..

cuba bayangkan sekarang kita bahagia bila ada mak ayah lagi yang still bagi sokongan dan kasih sayang kat anak-anak dia tapi kita terus memberontak apabila tak dapat apa yang diinginkan,macam-macam perkataan hina kita lemparkan,kita tak kisah langsung dengan perasaan mereka apa yang kita tau kepuasan hati kita yang rasa sangat puas dengan bahasa sedemikian..

ape lagi siibu dengan rasa di ugut terus memberikan apa yang kita mahukan dengan rasa terkilan,tapi apa yang kita luahkan,ada kah "terima kasih"? atau "sayang ibu"? payah untuk mulut kita meluahkan sedemikian bukan?? apa yang kita sering luahkan adalah ketidakpuasan hati kita menerima apa yang kita inginkan..

bersyukur lar apa yang ada,punya ibu punya ayah yang ingin lagi menjaga kita dari kecik sampaikan besar,takda duit diberi kita duit,takda pakai makan segera dia mencari untuk kita,takda keperluan asas sanggup menempuh dugaan malu kepada orang demi apa yang kita inginkan..sedar lar kita wahai anak kerana ibu ayah adalah segalanya selain ALLAH yang Esa..



* sayang mak ayah walaupun mereka da takde...Al-fatihah..

Sunday, December 20, 2009

15 Madah Cinta Paling Panas

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Da maju setapak

maju lar,tapi kurang asam sikit mereka-mereka ni hampeh betul...tau lar kita orang ni da besar-besar da boleh berdikari sendiri tapi pikir lar juga keadaan poli ni yang TERSANGAT lar JAUH terceruk pedalaman...nak balik cuti pun pikir 2,3 kali,betapa kesiannya kita orang ni yang dihalau keluar asrama...nak cari umah sewa punya lar payah,kena tipu lagi...

tapi tak pe sampai bila lar nak duk asrama yang bakal kebawah tu,macam da tak selamat pun...hahahha..

sekarang poliku da maju,pada sape2 yang nak daftar asrama kena online terus web ni www.psis.edu.my


Bila nak Merdeka ni..

peh lagi 4 hari je lagi...tak sabar nak berehat tnangkan fikiran,tapi......reportttttttttttttt! blum siap lagi,arghhhhh! nak ngis ar,mlasnye nak menyiapkannye...bosan3 asyik mengadap bnda tu je..!

tak sabar nak tunggu tarikh ni!!


24 DECEMBER 2009

Anak dehaka + Celaka...

maaf jika tajuk ini agak kasar pada sesiapa...bace lar sendiri
sedih bila dapat tau ada juga anak macam ni..

Aksi jijik si derhaka(harian metro)

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.




 

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

 

 

ada juga anak pentingkan harta dunia je,ingatkan dalam drama je...:(

Saturday, December 19, 2009

Mereka...


ni dia kenangan form 6 ku..

TAHNIAH buat Mira and Yani yang dapat tawaran UiTM ut,peh bangga ku sebab cita2ku telah dirampas oleh mereka takpe2 tu semua rezaki korang aku turut berbangga..hope mira lepas ni jangan noty2 kat Utara ye,jauh tu tapi takpe orang kata jauh berjalan luas pemandangan,jangan rosakkan harapan IBU AYAH kita..Zai doakan semuanya berjaya..love u all..(n_n)

 

semalam...





mlas nak crite panjang2,semalam aku gan kawan praktikal kat tm iaitu dia telah menyerang umah kak ani iaitu akak staf kat ofice,dia masak untuk kita orag saje jedia kesunyian so kita orang cuba nak meneman,satu yang aku kagum sangat kat kak ani ni dia seorang yang tabah tersangat tabah dalam hidup dia,sebab ape dia terlalu tabah hari lain aku cerita lar..

selepas kita orang mnjamu selera dengan masakan dari kak ani,datang pula saudara mara kak ani so ita orang pun secara tidak sengaja mengofferkan diri masing2 untuk bersiar cuci mata nak g tengok wayang kat MidVelley,al maklumlar aku ni asalnya johor sana so nak jalan kl sorang2 tak berapa nak berani.nasib baik ada dia yang sudi nak jalan2 gan aku,TQ Dia...

Malam semalam aku perg tengok wayang dengan Dia,tengok cerita Santau,takde lar seram sangat cerita tu banyak terkejut je,lastly ending yang sudah di jangka,cerita seram jadi kelakar plak sebab banyak babak yang mengelikan hati

so lepas kami tengok wayan kita orang pergi cuci mata tengoje tak beli pun..pening jalan kat Mid Velley peh sakit2 badan dibuatnya..

so kesimpulanya hari semalam,happy and penat..da lar sikit picture yang tak brape nak menjadi ni...


layan........




de santa..



layan..



Thursday, December 17, 2009

Berita hari ini...

17 'kenduri' 4 remaja (harian metro)

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin.

Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan.

Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua.

Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu.

Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.


 

 

Wednesday, December 16, 2009

Ibu Syaitan...

Cekik anak sampai mati (harian metro)


SEREMBAN: Bimbang rahsianya terlanjur dengan teman lelaki terbongkar, seorang wanita didakwa bertindak kejam apabila tergamak mencekik bayi yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Labu di sini, sebelum menanamnya di kawasan hutan berhampiran.

Wanita berusia 20-an itu bersalin di rumahnya 9 Disember lalu dan perbuatan kejamnya terbongkar selepas ada individu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam, namun tidak menemuinya.

Selepas melakukan siasatan, polis membawa wanita itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada dia bersalin atau sebaliknya.


Bagaimanapun, wanita itu enggan menjalani pemeriksaan dipercayai bagi mengelak tembelangnya menanam bayi berkenaan terbongkar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata rahsia itu bagaimanapun terbongkar juga apabila penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu turut membantu polis melakukan usaha mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam.

“Akhirnya, penduduk menemui bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah terbabit dan memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

“Polis kemudian menahan wanita yang tidak bekerja itu untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, wanita itu mendakwa bersalin ketika hendak membuang air kira-kira seminggu lalu sebelum mencekik dan menanamnya di hutan berhampiran.

Apabila menyedari tembelangnya terbongkar, dia menggali semula mayat bayi itu sebelum mencampaknya di tepi pagar rumah.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan wanita terbabit kini direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh anak.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Monday, December 14, 2009

Tiga politeknik akan dinaik taraf

PUTRAJAYA: Tiga politeknik akan dinaik taraf mulai tahun depan bagi membolehkan politeknik berkenaan menyediakan kursus diploma lanjutan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ia juga adalah satu pendekatan awal sebelum politeknik itu dinaik taraf menjadi universiti.

"Kalau kita lihat di luar negara sudah ada politeknik diikhtiraf dan menyediakan kursus di peringkat lebih tinggi daripada diploma.
"Ini memandangkan sistem politeknik penting untuk meningkatkan sektor teknikal dan vokasional di negara ini.

"Kementerian juga tidak mahu pendidikan di politeknik hanya tersekat sehingga di tahap diploma sahaja malah politeknik juga akan dijadikan sebagai pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata senarai tiga politeknik yang terpilih daripada 27 politeknik yang sedia ada itu akan diumumkan awal tahun depan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menyediakan insuran berkelompok sebagai langkah melindungi keselamatan para pelajar.

"Perkara itu dianggap wajar walaupun setakat ini kementerian tidak berhasrat untuk menjadikan ia satu perkara wajib. Tetapi dengan adanya insuran ia serba sedikit dapat membantu keluarga pelajar yang dilanda musibah," katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan wang insuran daripada Kolej Universiti Kesihatan Materskill kepada keluarga dua pelajar kolej itu, Siti Nuramira Shamsudin dan Siti Nurdiana Azman yang terkorban dalam tragedi di Kompleks beli-belah Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Turut menerima sumbangan seorang lagi pelajar Mazlizatul Akmar Muhammad, 23, yang terbunuh dalam satu kemalangan di Kilometer 39 Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang pada November lalu.
Pada majlis sama beliau turut menyampaikan sumbangan kementerian berjumlah RM184,000 kepada pelajar yang terbabit dalam kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia. - Bernama