Wednesday, December 30, 2009

Ressa Herlambang - Menyesal

Tahun Baru Berubah!!!

lagi beberapa minit je nak datangnya tahun 2010...rasanye kejapje berlalu da nak masuk tahun baru...

So mesti sana sini akan menukarkan azam lama  kepada azam baru,macam tahun-tahun yang lain aku bukannya ada azam pun yang aku nak adalah perubahan yang buruk kepada baik..aku ada dapat sikit-sikit azam lama aki tu..so aku senaraikan azam baru aku ni k...agak-agak boleh berubah ke??


1. nak kumpul duit beli blackberry
2. nak jadi rajin
3. nak ambik lesen kereta
4. nak dapatkan pointer 3.5 ++
5. nak jum buah hati
6. nak shopping banyak-banyak
7. nak g tambun
8.nak berjaya dalam  hidu[
9. nak bangun awal pagi
10.nak solat full 5 rakaat setiap hari tak nak tinggal-tinggal solat sian mak ayah aku


peh boleh tercapai ke ni????????????????? i try!! i cant do it!! Dont give me up and down!!

wei bagi ar semangat kat aku ni...waaaa..


HHHHAAAAAPPPPPYYYY NNNNNEEEEWWWW YYYYYEEEEAAAAARRRR!!!!! 
WWWWWEEELLLLCCCCOOOOMMMMMEEEE
2010




Monday, December 28, 2009

kesakitan..

aku benci bila aku sakit.....arggghhh nape badan ni selalu je nak sakit-sakit tolong lar sihat sikit..nak buat keje pun tak boleh benci lar.......sakit  belakang yang melampau menjejaskan aku nak buat report je..

Nothing...

seperti tajunnye macam malas nak layan blog tapi kerana kebosanan ku layankan jua,cma nak cerita kes sealam je..

semalam..
Kuar pagi balik petang..ape kes??? tu lar kes ya kuar sebab pergi jemputan kahwin,boleh jadi tregedi plak semalam but tak perlu diperbesarkan..
Semalam wedding Kak Ani opss! bukan lar wedding anak dia lar,anak dia yang sulong sabaya gan aku dapat isteri pun budak poli jugak but bukan poli aku,tu lardia kalau da jodoh muda-muda da jadi suami isteri,da jodoh...bila lar pulak jodoh aku kan  hahahahaha..

n semalam juga ada satu tregedi tu sebab balik lewat sikit tapi takpe semua tu tak dirancang kan..

Hari ni kebosanan but layan jugaklar anak-anak buah yang nakal-nakal nia kat umah kepenatan melayan mereka ...tu lar keje dihari pertama selepas praktikal,agak lagi bosan niat nak buat report tapi asyik kena kacau je..

semalam sempat jugak ambik gambar budak ni,cute macam anak cina..comel kan..



aku ingat nama dia Ahmad je yang belakang tu dok ingat..

aksi budak ni..



besh gok dia makan..



eh ada gambar akak dia lar..hahaha



makan lagi..



dan makan lagi..



comel tak saya???

very cute boy..

* Corry dia ambik gambar adikmu ini n letak kat blog rasa rindu nak adik lelaki je...hehehhe..

Friday, December 25, 2009

Selamat Tinggal TM Tower.....nanti kita jumpe lagi...........

Khamis lepas har terakhir aku menapak at Mnara TM,Rasa berat je kaki nak tingga kan tmpat yang banyak bagi aku pengalaman,semunya yang gembira..tu lar time banyak keje asyik pikir bila nak abis praktikal...tapi sekarang da merdeka hurrraaayyy!...

sebelum nak berambus aku dibelanje pulak oleh bos besar unit ku...iaituPuan Ain,makan kat secret recipe..lama da aku tungg takda pun orang nak ajak aku makan kat secret recipe balik-balik aku beli kek je makan sorang2...lastly ada jugak nak belanje,Thank you Puan Ain..haru ti aku makan Chicken Grilled Blackpaper and jus wotermelon,Puan Ain plak makan Chicken with ashroom n air lemon,kenyang gila..hari yang paling esh hari tu..


memula melantak kek ni...macam nak beli lagi je

pastu benda ni sampai............................






tara..............




kenyang beb..


Da abis makan aku pun naik,nak duk tempat tiba-tiba ternampak something dalam plastik,bila bukak peh...ada hadiah lar tak sue daripada siapa,emm..tgok dari tulisan macam kenal,mungkin Puan..

ni dia..










terima kasih Puan Ain,banyak bagi aku petunjuk...lepas ni da takda macam ni lagi...rindu korang..

Tuesday, December 22, 2009

Layan Jiwang jap...

SEPENUH HATI

Ke mana harus ku luahkan? perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan? di dalam diamku
Sukarnya ku berterus terang? tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini
Bagaimana harus aku mengahadapi? semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku segala-galanya
KORUS:
Pada yang Maha Kuasa ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biar keraguan menghantui jiwamu
Dalam ku meniti semua kepastian
Dari bibirmu? oh kasih
[SOLO - ULANG VERSE 3, 4 & KORUS]
Kasih dan sayang? cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biar ku kecewa membalut luka
Agar kau mengerti yang selama ini
Aku menyintaimu


suka dengar lagu ni,tengok pada lirik dia memang sedih kalau ianya satu realiti lagi pedih..kira pengharapan seseorang..dan aku pernah mengalaminya tapi tu dulu..sekarang da temui cinta baru so da takde kena mengena dengan lagu ni.tapi still suka dengar lagi lagu ni,jiwang beb aku ni...

esk aku abis praktikal wei!!....happynye!

TQ semua..

minggu terakhir aku praktikal ni bnayak plak yang nak belanja..maklum lar lepas ni susah nak jumpe kan,aku pun tak sure nak keje kat sini walaupun da banyak dapat tawaran..

first i want to say Thank you very much for the staff HR TM semua banyak membantu terutama kat 2 orang staf unit SM iaitu abang nazri dan abang jubin,deorang ni tersangat lar baik dan sporting susah nak dapat pekerja macam ni,pengalaman yang sangat berharga aku kat sini sebab banyak staf yang baik-baik selalu senyum je bila aku senyum kat deorang..Bos2 aku pun baik-baik belaka,banyak membantu aku yang selalu blur bila dapat kerja..

tak di nafikan kat sini memang kat sini terlalu banyak keje,tapi deorang yang layan aku sama je aku je je kadang-kadang tak tau nak layan deorang macamne..

hari pertama minggu terakhir ni aku dibelanja oleh Abang Jubin,Terima kasih ye..dia ni baik betul banyak kali belanja aku,sampai aku malu nak tengok muka dia asyik kena belanje je..



hari kedua pulak Abang Nazri yang belanja,awal-awal da bagitau nak belanja aku on je takkan nak tolak rezeki kan..alhamdulillah! ada juga yang sudi nak belanja..Dia ni pun selalu belanja aku kira Abang berdua ni memang tersangat lar baik hati..



Hari tak bos aku plak nak belanja tapi macam tak sure je dia ni selalu sibuk je...tapi tak pe lar aku boleh tunggu je,tak kisah pun..




LOVER TUK SEMUA....

Kejadian semalam...

semalam...
pertama pagi..kejadian yang da biasa aku bangun lambat,da biasa slumber je..
kedua pagi semalam keje da start banyak walaupun aku da nak abis...
ketiga tengah hari seperti biasa kalau lunch gan kawan2 bergelak je lar kejenye..
keempat petang semalam sambung buat keje,layan blog sikit and then sambung gan report..
kelima balik semalam banyak kejadian mengelikan hati,pertama sekali aku dalam tren smalam balik awal sikit saje je,mula-mula tak perasaan tapi aku cuba mncari sesuatu yang boleh buat aku tersenyum tiba-tiba kat depan mata je,aku duk belek2 ape yg tak kena gan kain skirt seorang aunty ni rupa-rupanya kain dia Terbalik..aku nak gelak pun serba salah,confirm kain dia terbalik sbb dlu time sekolah aku jadi pengawas pkai kain macam tu lar..tapi mungkin aunty tupun tak prasan kot..hehhehehe


keduanya...setibanya aku kat stesen yang dituju lalu turun dan memasukkan tiket ditempatnya,Tiba-tiba........mesin tiket tu tak berfungsi plak,hahhahaha padahal tiket da telan da,dengan selambernya aku menolak palang tu(spe yg biasa naik tren tau lar) sambil memandang kebelakang ada lar sorang mamt ni membuat muka bagang eh silap bengang dia kat aku,ape lar mesin tu yang salam aku plak kena..aku ape lagi cepat-cepat lar blah,bukan takut cuma malas nak cari gaduh..

ketiganya aku duk menunggu akak aku ambik kat stesen tersebut duk menunggu sambil melayan mangga yang aku beli tadi,aku terlihat mamat ang sama lama jugak aku pandang macam dia tapi macam bukan confirm dia lar..mamat tu nak naik teksi terpandang kat aku lalu tak berkelip mata dia pandang aku,aku pun cepat2 pandang tempat lain,takut2 dia nak marah aku kan..muka macam bengang tak abis lagi je..

so akak aku pun sampai cpat2 aku berlalu..so itu lar penama certa semalam..poyo je..hakhakhak..

wei lagi 2 hari je lagi....................nak ............MERDEKA!










Monday, December 21, 2009

Bahasa kita sekarang..

Babi,macam Sial,Bapak ko,macam Gampang,bagang,gila ko,setan ko,boleh blah,macam gampang,bodoh dan macam-macam lagi,ni lar bahasa budak-budak muda sekarang..emmm malas nak kata ape lar memang da terbiasa da macam ni,gan mak bapak pun da takda hormat

pernah sekali aku terdengar ayat-ayat macam ni yang diluahkan oleh seorang anak kepada ibunya,sungguh terhina si ibu di panggilnya seekor binatang yang sangat keji,bayangkan apa perasaan siibu pada ketika itu,walaupun muka nampak tenang tapi di dalam remuk seperti gelas yang terhempas ke lantai..

cuba bayangkan sekarang kita bahagia bila ada mak ayah lagi yang still bagi sokongan dan kasih sayang kat anak-anak dia tapi kita terus memberontak apabila tak dapat apa yang diinginkan,macam-macam perkataan hina kita lemparkan,kita tak kisah langsung dengan perasaan mereka apa yang kita tau kepuasan hati kita yang rasa sangat puas dengan bahasa sedemikian..

ape lagi siibu dengan rasa di ugut terus memberikan apa yang kita mahukan dengan rasa terkilan,tapi apa yang kita luahkan,ada kah "terima kasih"? atau "sayang ibu"? payah untuk mulut kita meluahkan sedemikian bukan?? apa yang kita sering luahkan adalah ketidakpuasan hati kita menerima apa yang kita inginkan..

bersyukur lar apa yang ada,punya ibu punya ayah yang ingin lagi menjaga kita dari kecik sampaikan besar,takda duit diberi kita duit,takda pakai makan segera dia mencari untuk kita,takda keperluan asas sanggup menempuh dugaan malu kepada orang demi apa yang kita inginkan..sedar lar kita wahai anak kerana ibu ayah adalah segalanya selain ALLAH yang Esa..



* sayang mak ayah walaupun mereka da takde...Al-fatihah..

Sunday, December 20, 2009

15 Madah Cinta Paling Panas

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Da maju setapak

maju lar,tapi kurang asam sikit mereka-mereka ni hampeh betul...tau lar kita orang ni da besar-besar da boleh berdikari sendiri tapi pikir lar juga keadaan poli ni yang TERSANGAT lar JAUH terceruk pedalaman...nak balik cuti pun pikir 2,3 kali,betapa kesiannya kita orang ni yang dihalau keluar asrama...nak cari umah sewa punya lar payah,kena tipu lagi...

tapi tak pe sampai bila lar nak duk asrama yang bakal kebawah tu,macam da tak selamat pun...hahahha..

sekarang poliku da maju,pada sape2 yang nak daftar asrama kena online terus web ni www.psis.edu.my


Bila nak Merdeka ni..

peh lagi 4 hari je lagi...tak sabar nak berehat tnangkan fikiran,tapi......reportttttttttttttt! blum siap lagi,arghhhhh! nak ngis ar,mlasnye nak menyiapkannye...bosan3 asyik mengadap bnda tu je..!

tak sabar nak tunggu tarikh ni!!


24 DECEMBER 2009

Anak dehaka + Celaka...

maaf jika tajuk ini agak kasar pada sesiapa...bace lar sendiri
sedih bila dapat tau ada juga anak macam ni..

Aksi jijik si derhaka(harian metro)

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.




 

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

 

 

ada juga anak pentingkan harta dunia je,ingatkan dalam drama je...:(

Saturday, December 19, 2009

Mereka...


ni dia kenangan form 6 ku..

TAHNIAH buat Mira and Yani yang dapat tawaran UiTM ut,peh bangga ku sebab cita2ku telah dirampas oleh mereka takpe2 tu semua rezaki korang aku turut berbangga..hope mira lepas ni jangan noty2 kat Utara ye,jauh tu tapi takpe orang kata jauh berjalan luas pemandangan,jangan rosakkan harapan IBU AYAH kita..Zai doakan semuanya berjaya..love u all..(n_n)

 

semalam...





mlas nak crite panjang2,semalam aku gan kawan praktikal kat tm iaitu dia telah menyerang umah kak ani iaitu akak staf kat ofice,dia masak untuk kita orag saje jedia kesunyian so kita orang cuba nak meneman,satu yang aku kagum sangat kat kak ani ni dia seorang yang tabah tersangat tabah dalam hidup dia,sebab ape dia terlalu tabah hari lain aku cerita lar..

selepas kita orang mnjamu selera dengan masakan dari kak ani,datang pula saudara mara kak ani so ita orang pun secara tidak sengaja mengofferkan diri masing2 untuk bersiar cuci mata nak g tengok wayang kat MidVelley,al maklumlar aku ni asalnya johor sana so nak jalan kl sorang2 tak berapa nak berani.nasib baik ada dia yang sudi nak jalan2 gan aku,TQ Dia...

Malam semalam aku perg tengok wayang dengan Dia,tengok cerita Santau,takde lar seram sangat cerita tu banyak terkejut je,lastly ending yang sudah di jangka,cerita seram jadi kelakar plak sebab banyak babak yang mengelikan hati

so lepas kami tengok wayan kita orang pergi cuci mata tengoje tak beli pun..pening jalan kat Mid Velley peh sakit2 badan dibuatnya..

so kesimpulanya hari semalam,happy and penat..da lar sikit picture yang tak brape nak menjadi ni...


layan........




de santa..



layan..



Thursday, December 17, 2009

Berita hari ini...

17 'kenduri' 4 remaja (harian metro)

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin.

Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan.

Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua.

Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu.

Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.


 

 

Wednesday, December 16, 2009

Ibu Syaitan...

Cekik anak sampai mati (harian metro)


SEREMBAN: Bimbang rahsianya terlanjur dengan teman lelaki terbongkar, seorang wanita didakwa bertindak kejam apabila tergamak mencekik bayi yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Labu di sini, sebelum menanamnya di kawasan hutan berhampiran.

Wanita berusia 20-an itu bersalin di rumahnya 9 Disember lalu dan perbuatan kejamnya terbongkar selepas ada individu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam, namun tidak menemuinya.

Selepas melakukan siasatan, polis membawa wanita itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada dia bersalin atau sebaliknya.


Bagaimanapun, wanita itu enggan menjalani pemeriksaan dipercayai bagi mengelak tembelangnya menanam bayi berkenaan terbongkar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata rahsia itu bagaimanapun terbongkar juga apabila penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu turut membantu polis melakukan usaha mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam.

“Akhirnya, penduduk menemui bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah terbabit dan memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

“Polis kemudian menahan wanita yang tidak bekerja itu untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, wanita itu mendakwa bersalin ketika hendak membuang air kira-kira seminggu lalu sebelum mencekik dan menanamnya di hutan berhampiran.

Apabila menyedari tembelangnya terbongkar, dia menggali semula mayat bayi itu sebelum mencampaknya di tepi pagar rumah.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan wanita terbabit kini direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh anak.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Monday, December 14, 2009

Tiga politeknik akan dinaik taraf

PUTRAJAYA: Tiga politeknik akan dinaik taraf mulai tahun depan bagi membolehkan politeknik berkenaan menyediakan kursus diploma lanjutan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ia juga adalah satu pendekatan awal sebelum politeknik itu dinaik taraf menjadi universiti.

"Kalau kita lihat di luar negara sudah ada politeknik diikhtiraf dan menyediakan kursus di peringkat lebih tinggi daripada diploma.
"Ini memandangkan sistem politeknik penting untuk meningkatkan sektor teknikal dan vokasional di negara ini.

"Kementerian juga tidak mahu pendidikan di politeknik hanya tersekat sehingga di tahap diploma sahaja malah politeknik juga akan dijadikan sebagai pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata senarai tiga politeknik yang terpilih daripada 27 politeknik yang sedia ada itu akan diumumkan awal tahun depan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menyediakan insuran berkelompok sebagai langkah melindungi keselamatan para pelajar.

"Perkara itu dianggap wajar walaupun setakat ini kementerian tidak berhasrat untuk menjadikan ia satu perkara wajib. Tetapi dengan adanya insuran ia serba sedikit dapat membantu keluarga pelajar yang dilanda musibah," katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan wang insuran daripada Kolej Universiti Kesihatan Materskill kepada keluarga dua pelajar kolej itu, Siti Nuramira Shamsudin dan Siti Nurdiana Azman yang terkorban dalam tragedi di Kompleks beli-belah Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Turut menerima sumbangan seorang lagi pelajar Mazlizatul Akmar Muhammad, 23, yang terbunuh dalam satu kemalangan di Kilometer 39 Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang pada November lalu.
Pada majlis sama beliau turut menyampaikan sumbangan kementerian berjumlah RM184,000 kepada pelajar yang terbabit dalam kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia. - Bernama

Botol air plastik..

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta Anda, sangat lah berbahaya!!! !Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payu dara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payu dara,terutama di Australia.Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payu dara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirim kan ke teman-teman wanita Anda.Informasi seperti ini sangat lah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payu dara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

jerawat dan penyakit..

DAHI

Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Kenapa perempuan Melayu senang kena rasuk


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...



sekian wasalam...

Saturday, December 12, 2009

..Semalam..

Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku..
Semalam kat office keje tak banyak sangat tapi penat..knape penat ye??sebabnya duduk je lar penat jugak duduk je tau,ok lar tersasar pulak nak cerita keadaan semalam bila time aku ak balik dari office

macam biasa lar aku balik semalam sorang-sorang je sebab dia balik dengan Balaks dia ambik,tapi takpe aku da biasa dengan keadaan ini tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi keadaan aku didalam tren lrt..

Hari ni agak tidak penuh juga tren mungkin disebabkan Negeri Selangor bercuti,keadaan menjadi agak lengang apabila tren tiba kat Masjid Jamek,adalah satu kumpulan pelajar mungkin, aku tak pasti sebab deorang tak nampak macam pelajar tapi umur dalam lingkungan 18 ke atas,kumpulan tersebut  terdiri daripada 5 orang perempuan,2 orang tak pakai tudung yang selebihnya menutup aurat TETAPI!......hanya sekadar menutup kepala yang lain haram tak ditutup dengan sempurna,ada yang pkai tudungtetapi berbaju lengan pendek,ada yang bertudung tetapi seluarnya seperti seluar adiknya yang berumur 14 tahun..entah lar nak cerita lebih-lebih mungkin akan menyinggung perasaan orang lain,tapi masing-masing boleh menilaikan..

* bukan nak cakap aku baik sangat  tapi malu gan orang yang sama kaum dengan aku sekrang..jangan ambik hati (n_n)



Friday, December 11, 2009

Jika Dia Untukku.

Ya tuhan..
jika engkau ciptakan aku untuknuya
aku redha dengan ketentuanMu

ya tuhan..
jika benar Kau pilih dia untukku
aku anggap dia adalah yang terbaik untukku

ya tuhan
jika itu takdirmu
aku harap kesempurnaan padanya adalah untukKu
ciptakan dia dengan keimanan
ciptakan dia penuh kesempurnaan
ciptakan dia punyai hati yang ikhlas

ya tuhan..
jika itu yang Kau mahu
aku harap itu juga yang aku mahukan
Wujudkan lah dia untuk hidupku
...........amin.....................

Thursday, December 10, 2009

Mabuk bila mnum nescefe...

Kenape ye,bila mnum kopi or nescefe aku akan jadi mabuk,kpala melayang-layang,mau pengsan...kadang-kadang macam nak pitam..kenape ye.dlu tak macam ni,aku mnum steady je,.tlong respon!!

Geram...

argh...! Nak marah!Geram!Sakit hati! nak luahkan kat spe ni?? so pgi lar ambik air sembahyang n then solat..

ni lar klau masanya aku mrah,Allah lagi tahu hakikatnya,sebab tu orang lain tengok aku tak pernah marah melainkan adik aku je,ye lar ape-ape je kemarahan aku luahkan kan adik,sian dia jadi magsa,Puncanya adalah bila sidia suka nak jeles-jeles perkara remah temeh..
ni mesej petang semalam time lunch..

Aku: boleh tak i call u sekarang?
Dia: boleh,tapi nak guna fon ape?(yelar time ni dia tau aku kdekut kredt mklumlar plajar lgi)
Aku:fon office kot.
Dia:Bos tak marah ke?
Aku:Tak Marah pun,Bos sayang i..(ni lar yang ,menjadi punca segalanya)
Dia:ok lar takde mood,Bye..(aku terus sakit hati)
Aku:tba2 je????????????(tertanye-tanye..)

Lepas solat magrib aku pgi makan,dan malas nak mesej dia so aku diam je..lepas makan aku mesej dia

Aku:Diam je???
Dia: (terus menyepikan diri)

tiba-tiba dapat mesej..
Dia:tido dulu esok i keje pagi..(peh!tak panas aku malam tu,aku send mesej dia tak layan)
Aku:tdo lar!Diam je!i send mesej u tak balas pun knape???ni yang nak ngamuk!
Dia:apesal pulak U yang diam je,i pun malas nak layan,ngamuk lar pasal petang tadi u buat i takde mood u    tak pikir???(aku tertanye2,ape salah aku??)
Aku:pasal ape??
Dia:tengok send item petang tadi??
Aku:i da delete semua(aku memang tak suka simpan mesej berlambak-lambak dalam send item)
Dia:so pikir sendiri!
Aku:Cakap je lar ape dia masalhnya??cuba bagitau kalau i ada salah!
Dia:(Diam,malam tu aku brtambah geram bila line celcom asyik problum je)
Aku:Bagitau tak boleh ke??????
Dia:kalau u syg i,u takkan sakitkan hati i macam petang tadi(really!ape aku da buat???)
Aku:cuba lar bagitau ape salah i!mna lar i tau kalau u tak bagitau(sebak jap)
Dia:u pikir sendiri.!
Aku:macamne i nak pikir,kat umah ni i ngah tension u nak i pkir salah i yang i sendiri tak tau pe salahnya yang buat u takde mood,i rasa takda ape pun yg menyakitkan hati u...(mmg aku ngah tension gan adik n anak buah aku main lappy aku mcm hak deorg je)
Dia:Oh..u buat i takde mood u tak pikir!
Aku:i sebenarnya dari petang tadi tertnye-tnye ape salah i kat u sampai i tension tau tak,cuba u bgtau ape salah i..
Dia: abis kalau da cakap"Bos Syang I" tu ape kes..!! pikir tak sakit hati ke ckap macam tu??
Aku:lor msg macm tu pun nak ambik hti ke??i gurau je lar tdi
Dia: ye lar u pikir gurau sakit hati i u tak tau..
Aku terus diam malas nak bertekak..lagipun da tiba masanye untuk aku tido..

lastly,dia pesan kat aku..dlam kul 2,3 pagi macam tu lar.aku tersedar lar plak

Dia: ingat k,kalau nak buat sesuatu tu pikir dulu hati orang yang tersayang k jangan main hembus je n bodo je buat macam tu..(peh!! menyirap aku)

masalh ni terus diam,dan dilupakan pagi ini..malas nak pikir.




...........................................................................................................................

Wednesday, December 9, 2009

Dikala kebosanan...

bosan...bosan...bosan...padahal keje banyak report tak siap lagi apekan daya malas menyelubungi,malas arrrrrrrr,npe kna buat report ni,bkan guna pun nnti reportnye..last2 report yang cntik2 tu jdi smpah je nnti...

olh krana skarang ni msim khwin saje nak tayang brang-brg hantaran yg cun2 ni..terasa mcam nak khwin je,hehehheheh



 


Monday, December 7, 2009

Seorang Perempuan sungguh mulia..

macam-macam kes jenayah sekarang berkaitan dengan perempuan,kes mencuri,membuang bayi,ditangkap berkhalwat,mendera,dan banyak lagi..Adakah mereka ini yang tuhan jadikan berjantinakan seorang perempuan selalu melakukan kejahatan??satu persoalan yang idak sepatut saya ajukan kerana saya sendiri seorang perempuan tidak patut saya memburuk-burukan kaum sejenis saya tetapi kebenarannya kita sentiasa dapat lihat di akhbar-akhbar tempatan.

Sepatutnya mereka yang dipilih menjadi perempuan itu adalah sangat mulia disisi Allah,Allah jadikan seorang berstatuskan perempuan yang mempunyai kelebihan namun ada juga kelemahannya,perempuan selalu dikaitan dengan kelemahan,maka terciptalah sang Adam melindungi Hawa,tetapi dunia semakin kejam sehinga kebanyakan perempuan lar yang menjadi mangsa kes-kes jenayah yang terjadi sekarang,bukan salah dunia sebenarnya kesalahan juga tidak patut diajukan kepada tuhan yang mencipta tetapi kepada diri sendiri..

ada yang sanggup membuang bayi yang masih bertali pusat,ada yang dengan muka tidak malu mencuri,ada yang lebih kejam lagi sanggup menjual maruah diri semata-mata mahukan duit yang boleh diguna didunia sahaja,usah lar kita wahai kaum hawa menjual hak seorang perempuan itu atas dasar duniawi,biarpun kita mahukan kebahagian jangan lar disalahgunakan kesucian kita sebagai hambaNya..

terakhir sekali,biar pun kita dijadikan tuhan adalah bersifatkan kelemahan jangan lar kita banggakan sangat kerana yang lemah itu pasti akan berubah menjadi kuat dan berani

Wasalam..